FUNDAMENTAL: DOVISH
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 1 Ogos 2019.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
- Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
- Bank pusat menurunkan prospek ekonomi kepada sifar pada suku kedua tahun ini daripada anggaran sebelumnya sebanyak 0.2% pertumbuhan.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran di UK kekal pada paras terendah sejak Oktober 1974 pada paras 3.8% pada tempoh tiga bulan sehingga April 2019.
- Kadar inflasi di United Kingdom turun ke 2.0% tahun ke tahun pada Mei 2019 daripada paras tertinggi empat bulan pada bulan sebelumnya iaitu 2.1% dan selaras dengan jangkaan pasaran.
JANGKAAN: BEARISH GBP.
- Pelabur gelisah berkenaan keupayaan Perdana Menteri yang baru untuk mengawal situasi pengunduran Britain tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah.
- Pertumbuhan KDNK dan pengeluaran industri Britain menguncup.
- Kadar inflasi UK jatuh pada bulan Mei 2019.
- Bank of England mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonominya.
- Jangkaan terdapat kelemahan dalam tinjauan PMI perkilangan UK hari ini ekoran kejatuhan ketara dalam indeks CBI.