FUNDAMENTAL: DOVISH
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
- Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran di UK kekal pada paras terendah sejak Oktober 1974 pada paras 3.8% pada tempoh tiga bulan sehingga April 2019.
- Kadar inflasi tahunan United Kingdom meningkat kepada 2.1% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya tetapi di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.2%.
JANGKAAN: BEARISH GBP.
- Pelabur gelisah berkenaan keupayaan Perdana Menteri yang baru untuk mengawal situasi pengunduran Britain tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah.
- Pertumbuhan KDNK Britain menguncup.