FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS jatuh kepada 3.8% pada Februari 2019 daripada 4% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
- Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
- Harga pengguna di Amerika Syarikat menurun kepada 1.5% pada bulan Februari 2019, selepas kenaikan 1.6% pada bulan Januari dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.6 peratus.
PLAN: SELL USD.
- Kadar inflasi A merika Syarikat yang lemah untuk bulan Februari memperkuatkan lagi jangkaan bahawa Federal Reserve akan bersabar terhadap kenaikan kadar faedah.
- Jualan runcit menunjukkan peningkatan namun data bulan sebelumnya disemak lebih rendah.