FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 1 Ogos 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- Dot plot menunjukkan 8 daripada 17 ahli FOMC mencadangkan untuk memotong kadar faedah.
- Para penggubal dasar mengekalkan unjuran data ekonomi untuk pertumbuhan KDNK dan kadar pengangguran tetapi kadar inflasi dijangka menurun 1.5% daripada 1.8% jangkaan pada bulan Mac.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS berada pada 3.6% pada bulan Mei 2019, tidak berubah daripada bulan lepas dan sejajar dengan bulan sebelumnya.
- Data KDNK Amerika Syarikat mencatatkan bacaan 3.1% pada suku tahun pertama tahun 2019, sedikit lebih rendah daripada bacaan awal 3.2%.
- Kadar inflasi tahunan AS jatuh kepada 1.8% pada bulan Mei 2019 dari paras tertinggi lima bulan pada bulan sebelumnya dan hanya di bawah ramalan 1.9%, meningkatkan jangkaan bahawa Federal Reserve akan mula memotong kadar faedah tahun ini.
JANGKAAN: BEARISH USD.
- Data KDNK Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama disemak rendah.
- Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat perlahan pada Mei dan purata pendapatan meningkat kurang daripada jangkaan.
- Indeks harga pengguna jatuh pada bulan Mei 2019 dari paras tertinggi 5 bulan sebelumnya.
- Bank pusat Federal Reserve memberi petanda kemungkinan terdapat penurunan kadar faedah tahun ini.