FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Mei 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat kali ini dan mengumumkan bahawa tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini, turun daripada 2 jangkaan kenaikan untuk tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran A.S. mencapai 3.8% pada bulan Mac 2019, tidak berubah dari angka sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
- Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan hanya 2.2% pada suku tahun keempat 2018, jauh di bawah 2.6% sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 1.9% pada bulan Mac 2019 daripada paras terendah dua tahun dan setengah sebanyak 1.5% pada bulan sebelumnya, sedikit melebihi konsensus pasaran sebanyak 1.8%.
JANGKAAN: BULLISH USD.
- Data jualan runcit Amerika Syarikat meningkat paling banyak dalam tempoh 1 tahun setengah untuk bulan Mac.
- Jumlah tuntutan pengangguran di A.S. jatuh ke paras 49 tahun terendah, menunjukkan kekuatan yang terus kukuh dalam ekonomi.
- Jangkaan terdapat kenaikan dalam KDNK minggu ini ekoran kenaikan dalam jualan runcit dan imbangan dagangan.