Matawang dollar USD kembali menunjukkan pengukuhan terutamanya berbanding EURO berikutan kenyataan optimis oleh Pengerusi FED, Jerome Powell yang berhasrat untuk menyemak semula penyata imbangan dan kembali memberi isyarat bahawa berkemungkinan kitaran pengetatan dasar di Amerika Syarikat masih belum berakhir lagi. Pergerakan harga pada chart EUR/USD pada dagangan semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Oktober tahun lalu sebelum kembali membuat penurunan semula ke bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam menguji zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.14900 pada paras terendah dagangan harian.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali menunjukkan kenaikan harga menguji paras Magic Pivot 1.1519 hari ini. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance pada 1.1552 (MagicR1) dilihat antara paras awal yang akan diuji harga. Kemudiannya, harga dijangka meneruskan kenaikan menuju pula ke paras resistance 1.1604 (MagicR2) sekaligus mengatasi paras ketinggian dagangan semalam. Dan sekiranya momentum kenaikan berjaya dikekalkan harga, paras ketinggian baru dicatatkan lagi pada dagangan hari ini berkemungkinan ke paras sekitar 1.1638 (MagicR3).
Namun, jika harga kembali menyambung penurunan semalam dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot, harga bakal menguji paras support 1.1466 (MagicS1) yang berada pada zon RBS. Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula ke paras sekitar 1.1433 (MagicS2) sebelum USD yang berjaya mengekalkan pengukuhan nilainya akan menekan lagi harga ke paras lebih rendah dan dilihat mampu mencapai paras serendah 1.1380 (MagicS3).
Tumpuan untuk USD hari ini adalah pada data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini untuk mengukur kadar inflasi di Amerika Syarikat. Kawal dagangan penghujung minggu yang tidak menentu dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD.
Paras support: 1.1466, 1.1433, 1.1380.
Paras resistance: 1.1552, 1.1604, 1.1638.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI