Matawang dollar USD kembali didagangkan mengukuh sejak penghujung dagangan Jumaat lalu walaupun masih dibayangi kebimbangan terhadap jangkaan bank pusat berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini. Penganalisis berpendapat pengukuhan USD adalah disebabkan aktiviti pengambilan keuntungan pada posisi belian USD sebelum ini berikutan data indeks harga pengguna adalah seperti jangkaan dan dilihat tiada perubahan pada kadar inflasi. Sementara EURO pula didagangkan lemah terkesan daripada data ekonomi di Itali sebagai ekonomi ketiga terbesar di zon Eropah yang dilihat sedang menuju ke arah kegawatan. Jika diteliti pergerakan harga chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu, harga yang menguji paras resistance 1.15400 kemudian telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga mencecah ke paras terendah harian sekitar support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line yang berada pada zon RBS (resistance become support).
Dagangan sesi Asia pada Isnin menunjukkan pergerakan harga yang perlahan di sekitar zon RBS sebelum ini dan berada di bawah paras Magic Pivot 1.1489 hari ini. Jika harga gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal membuat penurunan menuju ke paras support pada 1.1436 (MagicS1) sebelum meneruskan lagi penurunan hingga ke paras sekitar 1.1405 (MagicS2). Jika USD berjaya mengekalkan pengukuhannya, harga bakal ditekan lebih rendah lagi sehingga ke paras sekitar support 1.1353 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1489 hari ini, harga dijangka akan menguji paras resistance terdekat iaitu pada sekitar 1.1519 (MagicR1). Kemudian, kenaikan harga seterusnya bakal melihatkan harga menguji paras ketinggian semasa pada chart EUR/USD iaitu pada resistance 1.1572 (MagicR2) dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru berkemungkinan mencapai paras sekitar 1.1602 (MagicR3).
Terus ikuti perkembangan ekonomi pada zon Eropah dan tumpuan akan terarah pada data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat pada esok hari. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda untuk menentukan paras terbaik bagi posisi dagangan pada chart EUR/USD.
Paras support: 1.1436, 1.1405, 1.1353.
Paras resistance: 1.1519, 1.1572, 1.1602.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI