Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam dilihat lebih memihak kepada Yen berikutan matawang GBP yang didagangkan berisiko dengan perdebatan pelan perjanjian Brexit sebelum undian Parlimen dijadualkan pada 15 Januari ini. Yen berjaya mengukuh berbanding Sterling walaupun sentimen pasaran semasa yang kembali pulih telah mengurangkan permintaan terhadap matawang tersebut. Harga pada GBP/JPY membuat kenaikan semalam menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun melepasi paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras support MagicS1 namun harga kembali pantul semula ke paras Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 138.372 kemudiannya menunjukkan penurunan menuju ke paras support pada 137.647 (MagicS1). Jika harga terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah lagi, harga bakal menuju pula ke paras support sekitar paras 137.022 (MagicS2). Penurunan seterusnya harga dilihat akan menguji zon minor RBS (resistance become support) di sekitar paras 136.297 (MagicS3) sebelum harga turun ke paras lebih rendah lagi.
Namun, jika harga kembali menunjukkan kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga akan menguji paras resistance terhampir iaitu pada 138.997 (MagicR1). Seterusnya, harga yang berjaya melonjak ke paras lebih tinggi dijangkakan akan menguji resistance 139.722 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Dan sekiranya harga berjaya melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, destinasi tumpuan harga seterusnya adalah dilihat ke paras resistance 140.347 (MagicR3) untuk harga mencatatkan paras ketinggian yang terbaru pada chart GBP/JPY untuk dagangan tahun 2019.
Terus ikuti perkembangan penting pada isu yang Brexit yang semakin tegang dan tidak lupa juga untuk selalu pantau perubahan sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda setiap hari untuk anda rasai sendiri keberkesanan indicator tersebut dan perubahan pada hasil dagangan anda dari masa ke masa.
Paras support: 137.647, 137.022, 136.297.
Paras resistance: 138.997, 139.722, 140.347.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI