Tumpuan utama pasaran pada hari ini adalah kepada undian akhir Parlimen Britain berkenaan pelan perjanjian Brexit oleh Perdana Menteri Briain, Theresa May. Matawang Sterling pada dagangan Isnin semalam telah menunjukkan kenaikan nilainya setelah laporan mengatakan bahawa kumpulan pro-Brexit dari kalangan ahli Parlimen bakal memberi sokongan terhadap pelan Brexit PM May. Debaran semakin terasa dan pelabur sedang menantikan keputusan terhadap undian tersebut hari ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam, harga meneruskan lagi kenaikan mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru mencecah ke paras 1.29300 sedikit melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.2869 kemudian telah menunjukkan kenaikan dan menuju ke paras ketinggian dagangan semalam hampir menyentuh paras resistance 1.2920 (MagicR1) sebelum bergerak mendatar semula sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga terus bergerak membuat kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju ke paras resistance pada paras 1.2981 (MagicR2) selepas berjaya mengatasi paras ketinggian dagangan semalam. Seterusnya, harga berpotensi mencapai paras ketinggian yang baru sehingga ke paras sekitar 1.3031 (MagicR3) jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan.
Namun, jika harga bergerak lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan turun menguji dahulu paras support terdekat pada 1.2808 (MagicS1) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support). Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan dan menuju pula ke paras sekitar support pada 1.2758 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga akan kembali menguji paras support 1.2697 (MagicS3) yang menjadi zon tumpuan harga pada chart GBP/USD sebelum ini.
Kawal dagangan anda menjelang keputusan undian akhir Parlimen Britain yang berlangsung pada sesi pasaran Eropah yang akan menentukan nasib Britain bersama Kesatuan Eropah. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart GBP/USD untuk membantu anda merancang pengawalan risiko untuk posisi dagangan dengan lebih baik dan jelas.
Paras support: 1.2808, 1.2758, 1.2697.
Paras resistance: 1.2920, 1.2981, 1.3031.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI