Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan harga bergerak mendatar selepas membuat terjunan sekitar 120 pips penurunan pada hari sebelumnya. Harga dilihat menguji paras Magic Pivot semalam dan paras terendah yang dicapai harga adalah ketika menguji paras resistance 1.29300 beberapa kali semalam namun gagal menembusinya. Ketidaktentuan pada isu Brexit masih membayangi dagangan Sterling buat masa terdekat ini sementara tumpuan utama pada hari ini adalah kepada penetapan dasar monetari di Britain di mana jangkaan bank pusat bakal mengekalkan kadar faedah di paras sedia ada.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, pergerakan harga perlahan di sekitar paras 1.29300 yang diuji semalam sehingga ke penghujung sesi Asia. Jika harga terus bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.2943 hari ini dan mula menunjukkan penurunan, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.2908 (MagicS1) setelah berjaya mengatasi paras terendah pada dagangan semalam. Seterusnya, sedikit lagi penurunan harga akan melepasi pula paras support yang berada pada 1.2889 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan harga bakal mencecah ke paras support 1.2854 (MagicS3) untuk harga menguji zon support yang gagal ditembusi pada dagangan Januari lalu.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2943, jangkaan kenaikan awal harga akan menguji dahulu paras resistance 1.2962 (MagicR1). Kemudian, harga akan cuba untuk mengatasi paras ketinggian pada dagangan semalam sebelum meneruskan kenaikan ke paras sekitar 1.2997 (MagicR2). Kenaikan lebih tinggi yang masih diteruskan harga bakal melihatkan harga menyentuh paras resistance pada 1.3016 (MagicR3) yang turut dilihat berpotensi membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/USD.
Kawal dagangan anda menjelang penetapan kadar faedah di UK pada malam ini dan tidak lupa juga untuk terus pantau perkembangan pada isu Brexit yang masih berada dalam proses rundingan. Tentukan paras-paras tumpuan pada GBP/USD dengan membandingkan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2908, 1.2889, 1.2854.
Paras resistance: 1.2962, 1.2997, 1.3016.