Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan harga bergerak mendatar di antara julat paras 1.32900-1.32600 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) semasa pada chart USD/CAD. Matawang USD yang didagangkan dengan risiko terhadap pertumbuhan ekonomi global gagal melonjakkan harga berbanding dollar CAD yang lemah setelah penurunan harga minyak terkesan daripada data ekonomi China yang merosot semalam. Namun, laporan terbaru memberi sedikit kelegaan terhadap pasaran berkenaan tindakan China untuk mengurangkan cukai secara besar-besaran terutamanya pada perniagaan kecil dan sektor perkilangan untuk merancakkan kembali aktiviti kedua terbesar dunia itu.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3277 hari ini sebelum menuju ke paras support terdekat pada 1.3258 (MagicS1). Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan sekitar 1.3232 (MagicS2) sebelum penurunan yang diteruskan harga bakal menguji pula paras support lebih rendah yang berada di paras 1.3213 (MagicS3).
Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini dan melepasi zon SBR semasa pada chart USD/CAD, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras resistance 1.3302 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan lagi kenaikan akan menguji pula paras ketinggian yang diuji pada dagangan Selasa minggu lalu di sekitar paras resistance 1.3322 (MagicR2) sebelum harga yang mengekalkan momentum kenaikan dilihat berpotensi mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.3347 (MagicR3).
Pantau perkembangan pada ekonomi di China yang turut menyumbang pada perubahan harga minyak mentah dalam pasaran sekaligus turut memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart USD/CAD dalam pasaran semasa. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan dalam analisis teknikal harian khususnya pada chart USD/CAD untuk mencari peluang posisi dagangan terbaik setiap hari.
Paras support: 1.3258, 1.3232, 1.3213.
Paras resistance: 1.3302, 1.3322, 1.3347.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI