Matawang Yen pada dagangan Isnin sesi Asia turut mencatatkan pengukuhan setelah terkesan daripada data imbangan dagangan di China yang membimbangkan. Data terbaru untuk bacaan Disember yang dijangka meningkat mengejutkan pasaran dengan penurunan angka jauh lebih rendah daripada data sebelum ini seterusnya meningkatkan lagi kegelisahan pasaran terhadap kegoyahan pada ekonomi kedua terbesar dunia tersebut dan akan menjejaskan pertumbuhan pada ekonomi global yang sedang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Dan dengan itu, berkemungkinan Yen akan kembali mendapat permintaan semula dalam pasaran semasa. Jika dilihat kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY pada Jumaat lalu, harga hanya bergerak mendatar di atas paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada mulanya didagangkan perlahan di atas Magic Pivot 108.415 hari ini kemudiannya telah menunjukkan penurunan melepasi paras tersebut sejurus selepas data imbangan dagangan China dikeluarkan. Harga yang membuat penurunan telah menuju ke paras support pada 108.238 (MagicS1) sebelum menyambung lagi penurunan melepasi paras tersebut. Penurunan seterusnya harga dilihat bakal menuju pula ke paras support yang berada di paras sekitar 107.963 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga akan melihatkan harga kembali menguji paras support 107.786 (MagicS3) yang gagal ditembusi harga ketika diuji pada dagangan pada Khamis minggu lalu.
Namun, jika harga membuat kenaikan semula dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah adalah pada resistance 108.690 (MagicR1). Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan untuk menguji pula paras resistance yang diuji pada dagangan minggu lalu di sekitar paras 108.867 (MagicR2). Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut, harga berkemungkinan mencapai paras ketinggian baru sekitar resistance 109.142 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu.
Terus ikuti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pada sentimen pasaran semasa seperti data ekonomi China pagi ini. Sentiasa kawal risiko dalam dagangan anda dan dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line akan membantu anda untuk mencari peluang posisi dagangan harian terbaik khususnya pada chart USD/JPY.
Paras support: 108.238, 107.963, 107.786.
Paras resistance: 108.690, 108.867, 109.142.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI