Walaupun pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam agak perlahan, namun harga berjaya menunjukkan kenaikan pada pergerakan harga. Harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam sehingga mencecah ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line pada penghujung sesi dagangan New York hampir menutup dagangannya. Paras ketinggian dagangan yang dicapai semalam turut dilihat kembali menguji zon SBR (support become resistance) semasa pada chart USD/JPY.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat menunjukkan pergerakan harga yang perlahan sedikit menurun menyentuh paras Magic Pivot pada 108.881 hari ini. Kemudiannya, harga dilihat masih bergerak di sekitar atas paras Magic Pivot tersebut dan mendatar pada paras SBR 109.00 sehingga ke penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga gagal membuat penurunan dan kembali menunjukkan kenaikan harga melepasi zon SBR pada USD/JPY, jangkaan awal harga akan menguji dahulu paras resistance terdekat pada 109.397 (MagicR1). Harga yang melepasi paras tersebut kemudiannya akan meneruskan lagi kenaikan menuju pula ke paras sekitar resistance 109.713 (MagicR2) dan sekiranya harga berjaya kekalkan momentum kenaikan harga, paras resistance lebih tinggi iaitu pada sekitar 110.229 (MagicR3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga pada kenaikan yang seterusnya.
Namun jika harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan turun menguji paras support pada 108.565 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan berkemungkinan akan kembali menguji paras terendah dagangan yang dicapai pada Isnin lalu sekitar paras support 108.049 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan yang masih dikekalkan harga akan menyentuh paras support lebih rendah yang dilihat berada di paras 107.733 (MagicS3).
Pantau perkembangan pada hubungan dagang AS-China dan juga faktor-faktor global yang menyumbang kepada perubahan terhadap sentimen pasaran semasa. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 108.565, 108.049, 107.733.
Paras resistance: 109.397, 109.713, 110.229.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI