Rundingan dagang Amerika Syarikat dan China dijadualkan berlangsung pada Selasa dan Rabu dan pasaran meletakkan harapan untuk kedua ekonomi besar dunia itu menemui jalan penyelesaian di atas ketidaksefahaman yang berlarutan sebelum ini. Rundingan sebelum ini dirumitkan oleh isu penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies, Meng Wanzhou atas dakwaan melanggar sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas Iran sebelum itu. Ini antara faktor yang menyumbang kepada kebimbangan pelabur terhadap dagangan dolar USD. Namun, matawang safe-haven Yen melihat situasi tersebut sebagai satu kelebihan di mana apabila risiko mula kembali melanda sentimen pasaran, permintaan terhadap matawang pulangan rendah akan meningkat dan Yen akan menjadi pilihan utama pelabur. Dagangan Isnin pada chart pasangan matawang USD/JPY mula menunjukkan penurunan harga dan memberi isyarat Yen kembali mendominasi pergerakan harga berbanding dolar USD. Harga didagangkan rendah dari paras Magic Pivot semalam turun melepasi support MagicS1 sebelum menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Harga kembali pantul semula sebelum menutup dagangan semalam sekitar paras support MagicS1.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga yang memulakan dagangan berhampiran paras Magic Pivot 109.348 kemudiannya terus membuat penurunan ke paras support 109.118 (MagicS1) dan menguji paras terendah dagangan harian semalam yang turut dilihat berada pada zon RBS (resistance become support). Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dilihat akan turun menuju ke paras sekitar 108.922 (MagicS2) sebelum zon RBS lebih rendah pada USD/JPY sekitar paras resistance 108.629 (MagicS3) berpotensi menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya.
Namun, jika kenaikan harga pada dagangan hari ini melepasi paras Magic Pivot 109.348, harga berkemungkinan membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 109.544 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan diteruskan lagi untuk harga menguji pula paras resistance yang berada di paras lebih tinggi iaitu pada sekitar paras 109.774 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum kenaikan, pasaran akan kembali memberi tumpuan pada zon resistance USD/JPY sebelum ini di mana harga dijangka akan menguji paras 109.970 (MagicR3).
Pantau sentimen pasaran semasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di mana akan memberi impak terhadap pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk melihat sendiri keberkesanannya.
Paras support: 109.118, 108.922, 108.692.
Paras resistance: 109.544, 109.774, 109.970.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI