Walaupun Yen masih belum menunjukkan pengukuhan yang jelas pada nilai dagangannya, pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY melihatkan Yen lebih mendominasi ke atas USD. Ini adalah disebabkan kejatuhan pada nilai matawang USD selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras 2.50% seperti yang telah dijangkakan. Perkembangan pada rundingan dagang AS-China pula masih belum menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan berkemungkinan rundingan akan diadakan beberapa kali lagi selepas ini sebelum tarikh akhir 1 Mac nanti. Kenaikan harga pada chart USD/JPY pada sesi dagangan semalam hampir mencapai paras resistance MagicR1 sebelum nilai USD yang lemah menyaksikan harga turun 90 pips sehingga ke paras terendah sekitar support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.
Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih dilihat menyambung penurunan menuju ke paras support 108.631 (MagicS1) sehingga ke penghujung sesi dagangan. Jika harga terus turun lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan harga seterusnya akan menuju pula ke paras support pada 108.243 (MagicS2) dan menguji paras tersebut. Sekiranya harga berjaya melepasi paras support tersebut, harga berkemungkinan menuju ke paras 107.685 (MagicS3) sebagai destinasi penurunan yang seterusnya.
Namun, jika harga berjaya melonjak semula sehingga mengatasi paras Magic Pivot 109.189 hari ini, berkemungkinan harga akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan paras awal yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada resistance 109.577 (MagicR1). Seterusnya, harga akan kembali menguji zon resistance semasa pada kenaikan harga yang seterusnya menuju ke paras resistance 110.135 (MagicR2). Paras ketinggian terbaru pada chart USD/JPY akan terus dicatatkan harga jika momentum kenaikan berjaya dikekalkan dijangka akan ke paras sekitar 110.523 (MagicR3).
Terus beri tumpuan terhadap sentimen pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan yang tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.
Paras support: 108.631, 108.243, 107.685.
Paras resistance: 109.577, 110.135, 110.523.