Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, matawang USD masih gagal mengukuhkan dagangannya terhadap Yen di mana pada sesi dagangan Rabu semalam, harga telah turun lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga hampir mencecah paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga kembali membuat kenaikan semula pada penghujung sesi dagangan New York dan kembali menguji paras resistance 110.00.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat cuba membuat penurunan untuk melepasi paras Magic Pivot 109.853 hari ini namun harga kembali semula ke paras tumpuan 110.00 pada penghujung sesi Asia. Jika harga terus bergerak lebih tinggi dan berjaya mengatasi paras 110.00 sebelum ini, harga bakal menguji paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu di paras sekitar 110.152 (MagicR1). Dan jika harga berjaya didagangkan lebih tinggi mengatasi paras tersebut, jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah pada 110.348 (MagicR2). Jika harga terus kekalkan momentum kenaikan dan melonjak ke paras lebih tinggi, harga berpotensi mencapai paras ketinggian baru sehingga ke paras sekitar 110.647 (MagicR3).
Namun jika harga kembali turun lebih rendah semula dari paras Magic Pivot 109.853, paras awal penurunan harga dilihat akan menuju ke paras 109.657 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal menyambung penurunan ke paras lebih rendah dan menguji pula support pada 109.358 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga akan menguji pula zon major support pada chart USD/JPY iaitu pada paras 109.162 (MagicS3) dan pelabur akan turut menunggu reaksi harga pada paras tersebut.
Terus pantau sentimen pasaran semasa yang sentiasa mempengaruhi pergerakan nilai pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart USD/JPY anda dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal harian anda.
Paras support: 109.657, 109.358, 109.162.
Paras resistance: 110.152, 110.348, 110.647.