Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam masih melihatkan harga menguji paras 110.00 dan gagal melepasi paras yang lebih tinggi. Penghujung sesi pasaran Eropah bersambung ke pembukaan sesi pasaran New York menyaksikan harga membuat penruunan melepasi paras Magic Pivot semalam dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga gagal menembusi paras support tersebut sebelum kembali pantul menuju ke paras Magic Pivot semula dan menutup dagangan sesi New York di paras sekitarnya. Kedua-dua matawang dolar USD dan Yen dijangka didagangkan seimbang dengan USD yang mendapat permintaan setelah rundingan dagang AS-China ditangguhkan sementara kelebihan pada Yen apabila data perbelanjaan isi rumah di Jepun menunjukkan sedikit peningkatan pada bacaan yang dikeluarkan pada sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga pada USD/JPY untuk sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot 109.827 hari ini sehingga ke penghujung sesi. Jika harga menunjukkan penurunan pada sesi dagangan Eropah, penurunan awal harga akan ke paras support 109.569 (MagicS1). Seterusnya, harga yang meneruskan penurunan ke paras lebih rendah akan menguji pula paras support yang berada pada 109.342 (MagicS2). Dijangka paras support 109.084 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart USD/JPY akan menjadi destinasi tumpuan pada penurunan harga yang seterusnya jika Yen berjaya memberi tekanan terhadap dolar USD.
Namun, jika USD kembali mengukuh berbanding Yen, harga berkemungkinan akan melonjak melepasi paras Magic Pivot hari ini sebelum kembali menguji zon resistance yang masih belum berjaya ditembusi harga sejak diuji minggu lalu iaitu pada resistance 110.054 (MagicR1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras 110.312 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian minggu lalu. Seterusnya, harga akan terus mencari paras ketinggian terbaru untuk dagangan USD/JPY tahun ini dan dilihat berpotensi mencapai kenaikan ke paras sekitar 110.539 (MagicR3).
Pantau sentimen pasaran semasa yang dilihat semakin menunjukkan perubahan ke arah lebih berisiko ekoran penangguhan pada rundingan dagangan AS-China serta isu-isu global lain yang turut mempengaruhi. Teliti paras harga pada indicator Moshed Magic Line yang dijangka akan menjadi paras tumpuan harga pada chart USD/JPY untuk memberikan isyarat awal pergerakan harga untuk anda.
Paras support: 109.569, 109.342, 109.084.
Paras resistance: 110.054, 110.312, 110.539.