Saham Apple merosot sehingga 6% pada perdagangan di bursa Amerika Syarikat berikutan ketatapan China yang ingin menerapkan tarif baru ke atas produk import barnagan Amerika Syarikat.
Terbaru, China merancang untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap barangan Amerika Syarikat yang bernilai $60 bilion dolar, dalam ucapan Menteri Kewangan pada Isnin, sebagai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat yang telah menaikkan kadar tarif pada Jumaat lalu.
Hal ini telah menjadi sebuah bencana kepada Apple kerana sebahagian komponen iPhone dihasilkan di China. Justeru, komponen yang dihasilkan ini akan dikenakan tarif sebanyak 25% apabila dimasukkan ke Amerika Syarikat kembali,
Menurut penganalisis Morgan Stanley, Katy Huberty, implimentasi tarif 25% keatas iPhone akan menyebabkan harga iPhone XS akan meningkat sebanyak US$160. Dalam masa yang sama, keuntungan per saham Apple juga berkemungkinan akan jatuh 23% pada 2020.
Huberty juga berpendapat bahawa Apple merupakan salah satu syarikat yang sangat terdedah kepada perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China. Hal ini kerana kebanyakkan penghasilan komponen adalah dari China dan menggunakan tenaga buruh negara sana.