Matawang komoditi dolar Australia pada sesi pasaran Asia mengalami penurunan setelah minit mesyuarat yang dikeluarkan memberikan isyarat bahawa bank pusat Australia bakal menurunkan kadar faedah pada masa akan datang.
Dengan itu dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD semalam telah menjunam dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga kembali membuat kenaikan semula ke paras Magic Pivot pada sesi pasaran New York.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, Aussie berjaya mengukuh berbanding matawang utama yang lain didorong oleh data ekonomi di China yang kukuh. China sebagai rakan dagang terbesar Australia memberi impak secara terus terhadap dagangan Aussie sebaik sahaja data ekonomi kedua terbesar dunia itu dikeluarkan.
Antara data utama yang menjadi tumpuan pelabur adalah kadar pertumbuhan GDP, data pengeluaran perindustrian dan juga kadar jualan runcit. Kesemua data-data tersebut mencatatkan bacaan yang positif dan memberi isyarat bahawa keadaan ekonomi di China semakin bertambah baik.
Sentimen pasaran risk-on ini juga akan menggugat pengukuhan USD sebagai matawang berstatus safe-haven ekoran pelabur akan memilih aset yang lebih berisiko dan memberi pulangan yang tinggi.
Pergerakan harga pada chart AUD/USD hari ini telah melonjak ke paras resistance 0.7204 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line sekaligus menguji semula zon resistance pada dagangan Februari lalu.
Kenaikan lebih tinggi harga dijangka akan ke paras resistance pada 0.7228 (MagicR3) untuk harga terus mencari paras ketinggian semasa yang baru pada AUD/USD.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) pada 0.71800 bakal diuji semula sebelum penurunan yang diteruskan bakal menuju ke paras tumpuan pada paras 0.71300 dan berhampiran paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan juga paras penting yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras tumpuan harga pada chart AUD/USD.
Paras support: 0.7149, 0.7124, 0.7109.
Paras resistance: 0.7189, 0.7204, 0.7228.