Sesi pasaran Eropah pada Jumaat memberi tumpuan terhadap dagangan Pound Sterling berikutan data-data ekonomi Britain dikeluarkan dengan keseluruhan bacaan mencatatkan kemerosotan.
Menurut bacaan awal pertumbuhan GDP, ekonomi Britain menguncup pada kadar 0.2% untuk suku kedua 2019, berbanding jangkaan kekal pada bacaan sebelumnya diikuti pertumbuhan 0.5% untuk tempoh 3 bulan sebelum ini.
Pengeluaran perindustrian di UK pula menurun -0.1% berbanding bulan sebelum ini untuk bacaan Jun 2019.
Manakala, pengeluaran perkilangan di United Kingdon mencatatkan penurunan kepada -0.2% untuk bacaan Jun 2019, berbanding kenaikan 1.4% pada bacaan Mei. Bacaan tersebut juga sedikit meleset daripada jangkaan penurunan -0.1% oleh pasaran.
UK menerbitkan lebihan dagangan dengan nilai GBP 1.79 bilion pada Jun 2019 yang merupakan lebihan dagangan yang pertama sejak Februari 2011, dengan kadar eksport meningkat 4.5% sementara kadar import pula menurun 2.6%.
Kadar import UK merosot kepada 2.6% berbanding bulan sebelum ini dengan pertumbuhan GDP yang mencatatkan 53.63 bilion untuk Jun 2019, penurunan berturut-turut untuk tiga bulan. Pembelian barangan turun 3.6% sementara import perkhidmatan meningkat 0.3%.
Susulan data ekonomi tersebut dikeluarkan, dagangan Pound Sterling mencatatkan sedikit penurunan dengan pergerakan harga pada carta GBP/USD kembali turun menguji paras support pada 1.21000.
Pergerakan harga pada dagangan Sterling dilihat perlahan pada penghujung minggu dengan risiko masih terarah pada ketidaktentuan Brexit.