Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) berkurangan pada minggu lepas. Data ini menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal kukuh walaupun ekonomi bertumbuh dengan perlahan.
Tuntutan faedah pengganguran berkurangan sebanyak 8,000 kepada 209,00 bagi minggu berakhir pada Ogos 03. Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan tuntutan pengangguran akan kekal pada bilangan 215,000 bagi minggu lepas.
Selepas data ini dikeluarkan, Bursa pasaran hadapan saham AS mencatat peningkatan. Disisi lain, indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mengukuh sedikit sebanyak 0.10% pada paras 97.64 setakat jam 10.10 p.m.
Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims. Data ini juga penting untuk melihat tanda-tanda impak perkembangan hubungan AS-China.
Berdasarkan data-data yang dikeluarkan, pertambahan peluang perkerjaan masih perlahan. Pertumbuhan pekerjaan bagi 3 bulan lepas hanya mencatat angka 140,000 secara purata per bulan. Angka terendah jika dibandingkan 2 tahun lalu, yang mencatatat angka 223,000 perbulan bagi tahun 2018. Dalam masa yang sama ekonomi AS hanya bertumbuh pada 2.1% dalam kiraan tahunan bagi suku kedua. Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi AS akan bertumbuh pada 2.0% bagi suku ketiga.