Jualan runcit Amerika Syarikat dilaporkan jatuh buat pertama kali dalam tempoh 7 bulan. Data ini menunjukkan pengguna yang merupakan salah satu indikator penting dalam mengukur pertumbuhan ekonomi mula terkesan dan hal ini tambah mendorong the Fed untuk mengurangkan kadar faedah.
Secara keseluruhan jualan jatuh sebanyak 0.3% pada bulan September berbanding bulan sebelumnya. Bacaan bulan Ogos telah dinilai semula dimana jualan mencatat peningkatan sebanyak 0.6% pada bulan Ogos. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan, bacaan bulan September jauh tersasar daripada jangkaan para penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.3%.
Menurut penganalisis, jualan runcit jatuh secara mengejut buat pertama kali sejak bulan Februari menunjukkan indikasi bahawa perbelanjaan pengguna mulai perlahan. Ditambah pula dengan data pelaburan perniagaan, sektor pembuatan dan pengguna yang lemah akan mendorong kepada peningkatan risiko pertumbuhan ekonomi. Selain itu ia akan merumitkan lagi prospek pilihan raya Presiden Donand Trump.
Laporan tersebut turut menunjukkan jualan bukan runcit yang termasuk perbelanjaan atas talian juga jatuh iaitu sebanyak 0.3%, kadar terbesar jatuh sejak bulan Disember.
indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebanyak 0.11% ke paras 97.895 setakat jam 11.10 p.m.