Dolar Amerika kembali menyusut selepas naik ke paras tertinggi dua minggu berbanding yen ketika sesi New York yang didorong oleh keredaan ketegangan perdagangan antara AS dan China telah melemahkan permintaan untuk matawang safe-haven.
Kenyataan positif daripada kedua-dua negara mengenai perjanjian yang akan ditandatangani tidak lama lagi telah meningkatkan sentimen pasaran. Bagaimanapun, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama susut 0.10% kepada $97.49 pada sesi Asia hari ini.
Data yang diterbitkan pada Khamis menunjukkan penurunan dalam tuntutan faedah/insurans pengangguran (jobless claim) pada minggu lepas sekali gus menunjukkan pasaran pekerjaan adalah kukuh.
Dolar Kanada pula meraih pengukuhan berbanding USD meskipun tiada pemangkin utama untuk mendorong pergerakan matawang itu.
Dagangan pound menyusut berbanding US berikutan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran untuk menyekat akses City of London ke pasaran Eropah dan meletakkan halangan terhadap aliran data yang penting untuk Britain dalam pembukaan kepada rundingan dagang yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Dalam tempoh dua minggu kerajaan Eropah akan memulakan perbincangan dalaman di mana keputusannya adalah penting bagi ekonomi Britain untuk melancarkan perdagangan dan masa depan perkhidmatan kewangan yang menyumbang 7% kepada keluaran Britain.
Dolar euro mula mencatatkan peningkatan berbanding dolar USD berikutan kelemahan USD yang mula menyusut pada sesi Asia.
Matawang sensitif perdagangan, dolar Australia dan New Zealand kekal didagangkan kukuh berbanding US dolar, malah peningkatan ini dijangka berterusan sehingga perjanjian AS dan China ditandatangani dalam tempoh terdekat.