Sentimen pasaran yang kembali pulih telah mendorong penyusutan pada nilai dagangan Yen Jepun pada permulaan pasaran minggu ini berikutan perkembangan positif ditampilkan pada laporan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Kementerian Perdagangan China menyatakan kesediaan untuk persetujuan sebahagian rundingan dagang bersama Amerika Syarikat dengan pelabur mengharapkan berterusan khabar yang baik bagi rundingan minggu ini.
Sementara itu, lewat sesi pasaran Asia hari ini menyaksikan peningkatan pada dagangan dolar Euro dipacu oleh bacaan data pengeluaran perindustrian di Jerman yang mencatatkan angka lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.
Bacaan bagi bulan Ogos meningkat kepada 0.3% berbanding penurunan -0.4% pada bacaan terdahulu. Angka tersebut juga menandakan peningkatan bulanan pertama dalam pengeluaran industri sejak bulan Mei lalu.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY menunjukkan kenaikan sejak sesi Asia bermula sehingga bacaan data pengeluaran perindustrian Jerman dikeluarkan. Namun, momentum kenaikan harga pada awal sesi Eropah dilihat masih lemah.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, harga dijangka akan menuju ke paras sekitar 118.500 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support terdekat yang dilihat akan dituju harga adalah pada 117.500.
Penurunan lebih rendah bakal menguji semula zon support 117.100 yang masih gagal ditembusi selepas diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.