Matawang Euro mula menunjukkan penurunan pada awal dagangan sesi Eropah hari ini setelah mendatar pada sesi Asia pagi tadi. Dagangan Euro antara yang masih berisiko dalam pasaran semasa dan belum menunjukkan tanda-tanda pengukuhan yang ketara selain hanya didorong oleh kelemahan nilai matawang USD sebelum ini.
Tambahan lagi, Suruhanjaya Eropah telah mengurangkan unjuran pertumbuhan pada zon Eropah untuk tahun ini kepada 1.2% berbanding 1.3% pada ramalan bulan Februari. Ini memberikan lebih tekanan buat Euro untuk mengukuh berbanding matawang utama yang lain.
Jika diperhatikan dagangan pada pasangan matawang EUR/JPY, harga yang bergerak di bawah paras Magic Pivot 123.351 sejak sesi Asia hari ini mula membuat penurunan ke paras support 123.089 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line.
Yen sebagai matawang berstatus safe-haven masih memanfaatkan peluang untuk mengukuh dalam suasanan pasaran yang sedang berisiko.
Momentum penurunan harga yang berjaya dikekalkan dijangka akan melihatkan harga turun ke paras support 122.682 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan lebih rendah akan mencecah paras support pada 122.420 (MagicS3) dan mengatasi paras terendah yang dicapai harga pada minggu lalu.
Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali berubah dan harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, kenaikan harga berkemungkinan menuju ke paras resistance terdekat di sekitar 123.758 (MagicR1).
Kenaikan seterusnya mampu mencapai paras ketinggian pada resistance 124.427 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance).
Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.
Paras support: 123.089, 122.682, 122.420.
Paras resistance: 123.758, 124.020, 124.427.