Permulaan pasaran pada minggu ini masih lagi memberi tumpuan terhadap perkembangan isu Brexit yang memberikan khabar positif penghujung minggu lalu dengan laporan bahawa perjanjian Brexit telah tercapai.
Sentimen positif yang melonjakkan dagangan Pound itu turut menyokong dagangan dolar Euro yang menunjukkan kenaikan pada carta harga minggu lalu.
Berbanding dolar USD, Euro telah berjaya mengekalkan kenaikan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD sepanjang minggu lalu sehingga mencapai paras ketinggian terbaru sejak dagangan Ogos lalu.
Sementara itu juga, perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus dipantau yang memberi kesan terhadap dagangan USD.
Laporan pada hujung minggu, Timbalan Presiden China Liu He menyatakan bahawa rundingan China bersama Amerika Syarikat menunjukkan perkembangan yang kukuh untuk menamatkan perang dagang yang berlarutan selama ini.
Bersambung pada dagangan minggu ini, pergerakan harga pada EUR/USD pada sesi pasaran Asia dilihat perlahan dan mendatar sehingga memasuki sesi pasaran Eropah.
Harga bergerak lebih rendah dari paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu yang mencecah paras 1.11700.
Bergantung pada sentimen minggu ini, jika dolar Euro terus disokong untuk mengukuh, harga dijangka akan melepasi paras resistance pada 1.11800 dan mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sekitar 1.11100 dilihat akan menjadi destinasi awal untuk diuji harga sebelum penurunan lebih rendah akan menuju sehingga ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar paras harga 1.10600 atau ke paras support lebih rendah lagi.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.