Pasaran dilihat masih meletakkan harapan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China walaupun perkembangan terkini terlihat sedikit goyah.
Wakil rundingan dari kedua-dua pihak dilaporkan sedang membuat mempersiapkan teks perjanjian fasa pertama untuk ditandatangani oleh kedua presiden pada bulan hadapan menurut kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.
Dagangan dolar USD diniagakan lemah sehingga penghujung minggu ini disusuli pula data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bacaan bulan September yang dikeluarkan semalam merosot. Para penganalisis pasaran juga turut melihat jangkaan untuk penurunan kadar faedah oleh bank pusat semakin meningkat.
Secara teknikal, dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah menyambung kenaikan ke paras ketinggian terbaru pada sesi New York semalam selepas berjaya menembusi paras resistance pada 1.10600.
Harga yang mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1.10860 dilihat bergerak mendatar dengan julat 20 pips pergerakan harga pada sesi Asia hari ini.
Awal sesi dagangan Eropah melihatkan harga terus menguji paras ketinggian yang dicapai semalam untuk cuba menembusi ke paras lebih tinggi.
Corak pergerakan menaik harga sejak minggu lalu masih berjaya dikekalkan dengan harga memberi reaksi pada perkembangan rundingan dagang AS-China.
Kenaikan harga lebih tinggi bakal menguji zon resistance pada dagangan September di paras 1.11100 yang paras tumpuan harga sebelum ini.
Namun berwaspada dengan perkembangan rundingan dagang yang berkemungkinan akan memberikan perkhabaran yang kurang menyenangkan. Harga boleh bergerak turun semula lebih rendah menguji paras-paras tumpuan harga sebelum ini sekitar 1.10200 atau 1.10000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.