Pound Sterling dilihat antara dagangan yang meyakinkan dalam pasaran semalam dengan pengukuhan yang ditunjukkan berbanding matawang utama yang lain. USD yang turut mengukuh juga masih gagal menghalang kenaikan Pound dalam pasaran semasa.
Namun, sentiasa berwaspada apabila anda memilih dagangan Pound. Bermacam kebarangkalian boleh berlaku dalam pasaran lebih-lebih lagi apabila membicarakan isu Brexit.
USD berjaya mencatatkan peningkatan dalan sentimen pasaran yang kembali berisiko. Namun, kesempatan tersebut gagal dimanfaatkan oleh matawang safe-haven Yen apabila terus didagangkan lemah dalam pasaran.
Kelemahan pada dagangan Yen adalah disebabkan faktor dasar monetari oleh bank pusat Jepun yang mahu mengekalkan polisi yang longgar. Gabenor bank pusat turut menyatakan bahawa bukan masanya lagi untuk keluar daripada dasar monetari yang longgar itu.
Untuk data ekonomi domestik pula, sesi pasaran Asia ini mengeluarkan bacaan data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit di Jepun. Kedua-dua data tersebut mencatatkan bacaan yang mengecewakan apabila angka yang dikeluarkan adalah lebih rendah daripada jangkaan dan juga bacaan data sebelumnya.
Jika dilihat pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga meneruskan kenaikan merekodkan paras ketinggian yang baru untuk tahun ini.
Harga yang menyentuh paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah membuat kenaikan sehingga menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.
Kenaikan harga yang dilakukan pada GBP/JPY hampir mencapai 200 pips pergerakan harga untuk satu hari dagangan dan mengatasi dagangan harian yang dicapai pada Selasa sekitar 170 pips.
Lihat gambar chart GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang terbaik berserta kawal risiko yang mantap.
Paras support: 146.541, 145.408, 144.660.
Paras resistance: 148.422, 149.170, 150.303.