Pound Sterling kembali didagangkan menyusut susulan perdebatan yang berlangsung di antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn semalam.
Susulan itu, hasil tinjauan pilihan raya mula menunjukkan keputusan yang bercampur. Tinjauan oleh YouGov menunjukkan Parti Konservatif PM Johnson mendahului sokongan dengan 51%, manakala Parti Buruh semakin merapatkan jarak dengan 49%.
Namun, tinjauan di Twitter sebaliknya menunjukkan Corbyn lebih mendahului dengan 78% sementara PM Johnson sebanyak 22%.
Kebimbangan pelabur mula mendorong penurunan harga pada dagangan Pound. Penurunan turut dipamerkan pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY.
Sementara matawang Yen Jepun mengambil kesempatan untuk mengukuh ditengah-tengah ketidakpastian yang melanda rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.
Keyakinan pasaran terbatas oleh kenyataan Presiden AS Donald Trump yang memberi amaran untuk menaikkan kadar tarif jika perjanjian bersama China tidak berjaya dicapai.
Ini menambahkan lagi sokongan buat harga untuk terus turun lebih rendah pada carta GBP/JPY.
Pada Isnin lalu, harga telah melonjak mencatatkan paras ketinggian bulan terbaru menyentuh paras resistance pada dagangan Oktober.
Namun, harga kembali mencatatkan penurunan dari paras ketinggian tersebut sehingga sekitar 180 pips setakat dagangan hari ini.
Harga yang telah turun lebih rendah dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) semalam telah menyambung penurunan pada sesi Asia hari ini ke paras terendah harian 139.800.
Namun, menuju pembukaan sesi pasaran Eropah, harga bergerak mendatar di atas paras 140.00.
Momentum penurunan harga yang dikekalkan mampu menekan harga lebih rendah menuju zon support pada 139.400. Paras tersebut diuji sejak dua minggu yang lalu namun harga masih gagal menembusi ke paras lebih rendah.
Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, harga dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 140.700 dan juga menguji garisan halangan MA50.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.