Dagangan Pound Sterling akan menjadi tumpuan pelabur pada hari ini dengan jangkaan pergerakan berimpak tinggi akan disaksikan terhadap matawang British tersebut.
Selepas mesyuarat bank pusat pusat Amerika Syarikat dan Jepun, pada jam 7 petang ini pula keputusan mesyuarat oleh bank pusat England akan menjadi tumpuan. Bank of England (BOE) dilihat lebih cenderung ke arah pendirian yang lebih hawkish untuk polisi monetari mereka berbanding Fed dan bank pusat Jepun yang dovish.
Dengan jangkaan tersebut, pelabur mula mengurangkan posisi jualan terhadap dagangan GBP sebelum ini yang dipengaruhi oleh sentimen ketidaktentuan politik di Britain dengan pengunduran Theresa May sebagai Perdana Menteri.
Sebelum keputusan mesyuarat BOE, dagangan GBP akan turut memberi reaksi pada data jualan runcit UK pada sesi pasaran Eropah petang ini dengan jangkaan bacaan data yang menurun.
Berbanding matawang USD yang melemah susulan kenyataan dovish Fed awal pagi ini, Sterling berjaya melonjakkan harga pada carta GBP/USD sejak semalam sehingga mencecah 130 pips kenaikan harga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Bersambung pada dagangan hari ini, harga masih lagi dilihat menyambung kenaikan sehingga mencecah ke paras tumpuan pada 1.27000 juga berhampiran paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Jika data jualan runcit UK positif dan keputusan mesyuarat polisi BOE menyokong dagangan GBP hari ini, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan diramalkan melepasi paras ketinggian semasa sekitar resistance 1.2749 (MagicR2).
Paras ketinggian tersebut diuji sejak awal dagangan Jun namun harga gagal menembusi paras itu untuk ke paras lebih tinggi. Kenaikan seterusnya dijangka mampu mencecah paras ketinggian sekitar 1.2825 (MagicR3).
Namun jika sebaliknya dagangan Sterling mencatatkan kejatuhan, penurunan harga dijangka akan menguji dahulu paras Magic Pivot 1.2618 hari ini sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke paras 1.2563 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang turut berada pada zon RBS (resistance become support).
Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.
Paras support: 1.2563, 1.2486, 1.2431.
Paras resistance: 1.2694, 1.2749, 1.2825.
Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.