Pound Sterling masih lagi didagangkan berwaspada oleh pada pelabur berikutan isu Brexit yang belum menemui jalan penyelesaian menghampiri tarikh akhir pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah penghujung Oktober ini.
Berbanding matawang USD yang lebih kukuh, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD dilihat lebih cenderung membuat penurunan walaupun kadar penurunan pada minggu ini adalah perlahan.
Dagangan GBP/USD hari ini telah mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru untuk tempoh empat minggu sejak awal September. Penurunan turut didorong oleh jangkaan data PMI perkilangan di UK yang lemah berikutan kesihatan sektor tersebut yang merosot.
Namun, bacaan data PMI perkilangan UK yang dikeluarkan pada sesi Eropah hari ini sebaliknya mencatatkan bacaan yang meningkat kepada 48.3 mata, meleset daripada jangkaan penurunan 47.0 oleh pasaran. Namun begitu, bacaan di bawah paras 50 mata dilihat masih berada pada paras penguncupan bagi sektor tersebut.
Susulan bacaan data dikeluarkan, harga sedikit meningkat dari paras terendah yang dicecah hari ini dengan pergerakan harga kekal perlahan.
Jika harga meneruskan penurunan dari paras harga semasa, penurunan boleh mencecah sehingga 80 pips lebih rendah ke paras sekitar support 1.2210.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance yang menjadi paras tumpuan harga.