Pound Sterling menunjukkan pengukuhan pada dagangan semalam selepas undian Brexit ditolak buat kali ketiga di Parlimen.
Parlimen memandang berat terhadap situasi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah dah beberapa ahli parlimen bercadang untuk menggesa Perdana Menteri Theresa May untuk menggugurkan strategi Brexit beliau, dan sebaliknya cuba untuk mengukuhkan hubungan ekonomi bersama Kesatuan Eropah tersebut.
PM May akan mempengerusikan mesyuarat kabinet yang akan berlangsung selama lima jam pada hari ini dengan harapan untuk menyelesaikan kebuntuan pada isu Brexit.
Manakala, matawang dolar Amerika Syarikat pula didagangkan stabil pada permulaan suku tahun kedua. Perkembangan positif pada rundingan dagang AS-China turut menyokong dagangan semasa USD.
Antara faktor lain yang menyokong pengukuhan USD adalah isyarat dovish oleh bank-bank pusat utama yang lain.
Namun, data jualan runcit di Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam mencatatkan kejatuhan untuk bacaan bulan Januari lebih rendah daripada jangkaan kenaikan dan juga bacaan bulan sebelumnya.
Jika diperhatikan pergerakan harga bagi chart pasangan matawang GBP/USD, harga membuat kenaikan semalam hampir menyentuh paras tumpuan pada 1.31500 sebelum kembali membuat penurunan semula.
Dagangan GBP/USD hari ini melihatkan harga bergerak rendah di bawah paras Magic Pivot 1.3087 dan menyentuh paras support 1.3023 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Jika harga terus menyambung penurunan lebih rendah, harga bakal menguji paras support pada zon 1.30000 yang gagla ditembusi harga pada dagangan penghujung Mac sebelum ini.
Dan jika harga kembali membuat kenaikan semula, destinasi tumpuan harga adalah dilihat pada resistance 1.3164 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line yang juga menjadi paras ketinggian pada dagangan semalam.
Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras-paras tumpuan harga pada chart GBP/USD anda.
Paras support: 1.3023, 1.2946, 1.2883.
Paras resistance: 1.3164, 1.3227, 1.3305.