Pada hari ini harga Bitcoin melonjak keparas harga tertinggi 2 minggu lepas selepas mencatat lonjakan sebanyak 9 peratus semalaman. Kebanyakkan penganalisis berpandangan masih lagi didorong oleh faktor keputusan Facebook untuk menerbitkan matawang crypto.
Bitcoin melepasi harga $12,833 semalam di pasaran pertukaran Bitstamp, bacaan harga tertinggi sejak Jun 27 sebelum jatuh ke paras harga $12,295.89 seunit setakat ini. Bitcoin telah melonjak 45% sejak Facebook mengumumkan matawang crypto Libra. Pengumuman ini telah membuatkan pasaran semakin optimis terhadap pasaran matawang crypto.
Berdasarkan temubual CNBC dengan Morgan Creek Capital Management CEO, Mark Yusko, beliau berpendapat bahawa harga Bitcoin melonjak sehingga $30,000 seunit. Terdapat kemungkinan harga bitcoin akan mencapai paras $30,000 sebelum berlaku pembetulan (correction).
Setakat ini Bitcoin telah naik 240% pada tahun ini selepas merosot selama 3 suku tahun pada tahun lepas.