Bulan Mei, menandakan perang dagang antara China dan US mulai tegang kembali. Kedua-dua negara saling mengenakan dan meningkatkan pengenaan tarif ke atas produk import barangan. Ketegangan semakin memuncak apabila Presiden Donald Trump mengeluarkan perintah eksektuif bagi mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung teknologi telekomunikasi dan perkhidmatan berikutan ia memberi ancaman terhadap teknologi Amerika Syarikat. Susulan daripada keputusan yang diambil, Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat telah memasukkan Huawei dan entitinya untuk disenarai hitamkan kerana terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara Amerika Syarikat.
Ramai para pelabur mula gusar dengan situasi perang dagang dan politik yang tidak menentu. Disini ada beberapa tips ringkas yang boleh anda amalkan.
Antara perkara yang boleh dilakukan para pelabur dalam mendepani hal ini ialah mempelbagaikan portfolio pelaburan, tidak hanya terbatas kepada satu instrumen. Dengan ini kita dapat melindung nilai risiko dan meningkatkan potensi pulangan yang ada. Ada diantara mereka yang memilih untuk melabur di pasaran bon, emas, minyak dan matawang crypto.
Selain itu, para pelabur juga boleh mempertimbangkan untuk memindahkan pelaburan kepada saham-saham yang tidak terkesan dengan perang dagang dan geopolitik.
Ketiga adalah memperbanyakkan bahan bacaan laporan-laporan berkenaan saham seperti berita saham dan sebagainya supaya kita lebih peka dengan perubahan yang berlaku.
Pada 28 Jun ini, sidang G-20 akan berlangsung, Trump akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping. Apakah pertemuan ini akan berjalan lancar seperti diharapkan atau tidak, masih menjadi tanda tanya.