Bekas pengurus the Fed Amerika Syarikat telah mengeluarkan pandangan beliau mengenai matawang digital (matawang crypto) pada hari Selasa. Beliau berpendapat bahawa tidak perlu untuk bank pusat untuk terbitkan matawang digital.
“Tiada ada alasan yang kukuh untuk mereka melakukan hal tersebut.” kata Greenspan di majalah tahunan kewangan China. Beliau menegaskan bahawa matawang negara yang ditambat oleh sovereign kredit tidak boleh ditawarkan oleh organisasi lain.
Asas sovereign kredit Amerika Syarikat adalah jauh melebihi apa yang Facebook boleh bayangkan,” kata Greenspan.
Pada awal tahun ini, syarikat gergasi Facebook telah mengumumkan projek matawang crypto yang dipanggil Libra. Projek tersebut telah menjalin kerjasama dengan syarikat pembayaran golobal seperti Paypal, Visa, Mastercard dan sebagainya. Walaubagaimanpun, berdasarkan perkembangan pada bulan lepas, Visa, Mastercard, PayPal, Stripe dan eBay mengatakan mereka telah keluar daripada jalinan kerjasama perniagaan tersebut.
Dalam masa yang sama, bank pusat China juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang proses pertimbangan dalam menerbitkan matawang crypto sendiri.
Matawang crypto bitcoin kini didagangkan pada RM35,767.48 seunit. Manakala matawang crypto Ethereum didagangkan sebanyak RM 757.06 seunit.