Matawang pound masih kekal kukuh berbanding US dolar walapun pengukuhan matawang sedikit terhambat. Disisi lain matawang Euro sedikit kukuh susulan laporan pekerjaan UK pada bulan Julai dikeluarkan menunjukkan pertumbuhan upah kukuh dan sedikit pengurangan dalam kadar pengangguran. Pertumbuhan upah tahunan mencatat bacaan 4% buat pertama kali sejak 2008 namun matawang pound masih dibatasi dengan drama politik Brexit.
Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.14% berbanding US dolar pada paras 1.2362 setakat jam 11.10 p.m. Matawang Euro pula didagangkan susut berbanding pound sterling sebanyak 0,07% pada paras 0.8939.
Purata pendapatan mingguan termasuk bonus untuk tiga bulan yang berakhir pada Julai dijangkakan kekal meningkat di paras 3.7% sebaliknya mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu 4.0%.
Pada ketika ini parlimen UK ditangguhkan selama 5 minggu selepas Perdana Menteri Boris Johnson kehilangan peluang untuk mengadakan pilihan raya umum.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mula didagangkan kukuh dengan peningkatan sebanyak 0.01% pada paras 98.25 setakat jam 11.15 p.m.
Laporan pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh menunjukkan kekosongan jawatan jatuh sebanyak 31,000 unit kepada bacaan 7.2 juta pada bulan Julai.
Pasaran menjangkakan bahawa Federal Reserve akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini.