Menurut menteri dagangan pada hari Khamis, pasukan China dan AS akan mengadakan perhubungan lebih kerap pada bulan ini bagi menyediakan asas kerja yang kukuh sebagai persediaan rundingan secara bersemuka pada bulan September.
Rundingan sesama para perunding AS dan China di Shanghai telah berakhir dengan baik dan terdapat tanda-tanda bahawa rundingan tersebut menuju ke arah kesepakatan.
Pertemuan di Shanghai yang diadakan baru-baru ini merupakan pertemuan pertama secara bersemuka sejak Presiden Trump dan Xi Jinping bersetuju untuk mengurangkan ketegangan perdagangan pada bulan Jun lepas di persidangan G20.
Sebelum ini, kedua-dua ekonomi besar tersebut saling berbalas tarif berbillion dolar ke atas barangan pengeluaran negara masing-masing. Perang dagang antara kedua-dua buah negara ini telah menghambat rantaian pengeluaran global dan memberi impak terhadap pasaran kewangan.
Menurut jurubicara Gao Feng, rundingan yang diadakan minggu ini telah memperbicangkan 2 topik iaitu Pertama kenapa rundingan yang dijalankan sebelum ini tidak mendatangkan hasil dan pandangan terhadap isu ekonomi dan perdagangan. Kedua ialah tentang bagaimana berhadapan ketidakpastian pada masa hadapan bagi memastikan prinsip dan metodologi rundingan relevan.
Tambah Gao, AS dan China dapat mencapai jalan penyelesaian jika pandangan kedua-dua belah pihak diambil kira.