AS dan China akan meneruskan rundingan perdagangan di Shanghai pada hari Selesa depan iaitu 30 Julai. Rundingan dagangan ini mensasarkan untuk memperbaiki hubungan perdagangan antara AS dan China, menurut kenyataan Rumah Putih.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer akan mewakili AS, manakala China akan diwakili Naib Premier Liu He dalam rundingan tersebut.
Berdasarkan kenyataan yang dilaporkan CNBC, Mnuchin mengharapkan akan ada perkembangan dalam rundingan ini dan rundingan susulan selepas ini. Lanjut beliau, lebih banyak mesyuarat susulan diperlukan agar perjanjian kedua belah pihak tercapai. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjangkakan ia akan menyelesaikan semua isu.
Menurut Rumah Putih, rundingan ini akan membincangkan beberapa isu termasuk hak intelektual, pemindahan teknologi secara paksa, halangan tanpa tarif, sektor pertanian, perkhidmatan dan defisit perdagangan.
Rundingan semula AS dan China ini telah menghadirkan reaksi yang berbeza dalam pasaran global. Saham-saham China menunjukkan peningkatan pada hari ini, disokong oleh tanda-tanda rundingan akan bermula semula dan akan membawa kemajuan. Dalam masa yang sama matawang US juga menunjukkan pengukuhan.
Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada hari ini sebelum menyusut sebanyak 0.11% setakat jam 10.45 p.m.