Dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) kembali mengukuh pada penghujung dagangan minggu ini berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dilihat sedikit reda selepas kenyataan optimis ditampil oleh China berhubung rundingan dagang.
Peningkatan dagangan dolar USD diiringi pemulihan pada pasaran Wall Street di samping pergerakan positif juga pada hasil pulangan bon AS.
Matawang safe-haven Yen dan juga Swiss franc mengalami penurunan semula dalam suasana pasaran yang kembali pulih daripada sentimen berisiko sebelum ini.
Dolar Euro pula kekal tertekan dan kembali diniagakan berhampiran paras terendah tahunan berbanding USD walapun komen positif dikeluarkan oleh ahli penggubal polisi, Klass Knot.
Knot menyatakan bahawa European Central Bank (ECB) tidak perlu meneruskan tindakan pelonggaran kuantitatif dan jangkaan pasaran terhadap keputusan mesyuarat September dikatakan telah berlebihan.
Pound Sterling juga terus kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko setelah keputusan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk menutup proses Parlimen sehingga lima minggu di samping bacaan data keyakinan di UK mencatatkan bacaan yang merosot semalam.
Dilaporkan Ketua Parti Konservatif Scotland, Ruth Davidson telah meletak jawatan sebagai pemimpin Tory Scotland berhubung keputusan penangguhan parlimen tersebut. Sementera George Young meletak jawatan sebagai jurucakap kerajaan menunjukkan tanda protes terhadap tindakan PM Johnson tersebut.
Sentimen pasaran yang kembali dilihat pulih kembali memberi tekanan terhadap harga emas dalam pasaran. Manakala, ketegangan antara China dan Amerika yang sedikit reda menyokong kenaikan pada harga minyak mentah sejak semalam.
Dolar Aussie mencatatkan penurunan ketara pada sesi pasaran Asia pagi ini berikutan bacaan bagi data kelulusan pembinaan bangunan baru di Australia mencatatkan penurunan pada kadar -9.7%.
Pada sesi pasaran New York semalam, data bacaan awal bagi pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat untuk suku kedua mencatatkan sedikit penurunan kepada 2.0% berbanding 2.1% bacaan sebelumnya.
Data tumpuan pada hari ini pula akan terarah pada bacaan pertumbuhan GDP di Kanada yang bakal diterbitkan pada jam 8.30 malam ini. Turut dipaparkan bersama adalah data perbelanjaan peribadi di Amerika Syarikat yang bakal mempengaruhi dagangan dolar USD sebelum menutup tirai dagangan pada minggu ini.