Harga minyak mentah mencatatkan peningkatan sejak semalam berikutan data menunjukkan jangkaan lebih besar terhadap penurunan inventori minyak mentah Amerika Syarikat, namun kenaikan masih lagi terhalang oleh faktor kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi global.
Harga minyak mentah Brent mencatatkan kenaikan melepasi paras harga $60 setong buat pertama kali dalam tempoh lebih seminggu dengan peningkatan pada kadar 0.2%, sementara minyak mentah Amerika Syarikat juga meningkat pada 0.2%.
Pada minggu lalu, bekalan minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan penurunan dengan angka 3.5 juta tong kepada 439.8 juta, menerusi laporan data oleh Institut Petroleum Amerika (API) pada Selasa. Reuters melaporkan undian para penganalisis menjangkakan penurunan kepada 1.9 juta tong.
Data inventori minyak mentah Amerika Syarikat akan diterbitkan oleh Pentadbiran Informasi Tenaga (EIA) pada jam 10.30 malam ini.
Sementara itu, ketegangan di Timur Tengah masih lagi menjadi fokus Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dengan menyatakan engara akan mengambil segala tindakan untuk menghalang kapal tangki minyak Iran untuk berlayar di lautan Mediterranean daripada menghantar minyak ke Syria yang bertentangan dengan sekatan Amerika Syarikat.
Harga minyak mentah juga turut berisiko berdepan penurunan data eksport Arab Saudi pada Jun, sebagai pengeksport minyak terbesar dunia.
Arab Saudi merancang untuk mengekalkan eksport minyak di bawah paras 7 juta tong sehari pada Ogos dan September walaupun permintaan yang tinggi daripada pelanggan, untuk mengimbangi semula pasaran minyak mentah global.