Matawang US dolar didagangkan pada paras tertinggi 2 minggu berbanding enam matawang utama setakat ini. Hasil bon AS akhirnya melonjak kembali dari paras rendah yang dikecapi pada sesi pasaran penutup minggu lepas berikutan harapan para pelabur bahawa ekonomi-ekonomi utama akan mencatat pertumbuhan dengan pelan rangsangan yang bakal dijalankan.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 98.093, naik 0.09% setakat jam 09.50 p.m. Bacaan ini masih tidak jauh berbeza daripada paras tertinggi 2 minggu lalu iaitu pada 98.20 yang dicapai pada Jumaat lepas.
Hasil bon AS 10 tahun telah meningkat kepada bacaan 1.57% selepas jatuh ke paras terendah 3 tahun lalu iaitu pada paras 1.47% berikutan kekhuatiran terhadap pertumbuhan global yang perlahan.
Menurut penganalisis FX, tumpuan utama minggu ini ialah pada simposium Jackson Hole dan ucapan Powell.
Powell dijadualkan akan memberi ucapan pada hari Jumaat dalam mesyuarat tahunan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming.
Tambah penganalisis FX, Ishikawa, tumpuan harus diberikan pada apa yang ingin disampaikan Powell. Melalui itu dapat dibezakan apa yang disampaikan beliau mengenai kadar faedah dan apa yang diharapkan pasaran.
Sebelum ini Powell mengatakan bahawa penurunan kadar pada bulan Julai bukanlah permulaan. Walaubagaimanapun, pasaran menjangkakan the Fed akan mengurangkan kadar faedah lagi 25 mata.
Matawang Euro, didagangkan pada paras terendah iaitu pada paras 1.099 dan matawang GBP susut 0.24% pada paras 1.2120 berbanding US dolar setakat jam 10.00.