Dagangan Pound Sterling bergerak kukuh pada awal sesi pasaran Eropah hari ini dengan rundingan Brexit terus bersambung lagi pada hari ini.
Beberapa sumber melaporkan kedua-dua pihak dari Britain dan Kesatuan Eropah saling bertukar kenyataan teks berhubung pelan kawalan kastam.
Namun begitu, pelabur masih melihat terdapat kesukaran untuk rundingan mencapai kesepakatan dalam masa yang singkat sehingga tarikh 31 Oktober ini.
Ketua di Dewan Parlimen UK, Jacob Rees-Mogg memberikan komen beliau beberapa jam lalu yang mengatakan bahawa tindakan seterusnya adalah mendapatkan kelulusan undian perjanjian Brexit melalui parlimen, jika dipersetujui Kesatuan Eropah.
Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier pula menyatakan bahawa rundingan terkini agak hangat dan terdapat kemungkinan untuk perjanjian Brexit dicapai pada minggu ini.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD hari ini, harga telah merekodkan 100 pips kenaikan sejak awal sesi Asia bermula sehingga harga kembali menguji paras ketinggian yang dicapai ketika lonjakan 500 pips pada penghujung minggu lalu.
Paras resistance pada 1.27000 menjadi penanda aras ketinggian semasa bagi harga pada dagangan GBP/USD. Jika harga dilihat gagal melepas paras resistance tersebut, dan perkembangan isu Brexit yang kembali goyah, bakal mempamerkan terjunan harga berkemungkinan 500 pips ke paras rendah semula.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras resistance tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian terbaru dan menguji zon resistance pada dagangan Jun sekitar paras 1.27800.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.