Pound Sterling berjaya mengekalkan pengukuhan pada minggu ini dengan laporan tinjauan pilihan raya UK terbaru menunjukkan Parti Konservatif kerajaan mendahului parti Buruh dengan perbezaan sekitar 10 mata.
Dengan pilihan raya yang akan berlangsung pada minggu hadapan, kemenangan Parti Konservatif kerajaan pimpinan Boris Johnson akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap perjanjian Brexit.
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah mencatatkan paras ketinggian terbaru semalam menguji kembali resistance dagangan Oktober pada paras 1.30100.
Kenaikan 80 pips harga pada dagangan semalam melepasi paras ketinggian 1.29700 yang berada pada zon RBS (resistance become support).
Kenaikan harga pada carta GBP/USD tersebut turut didorong oleh faktor penyusutan dagangan dolar USD ekoran sentimen rundingan dagang yang kembali berisiko.
Presiden AS Donald Trump memberi isyarat perjanjian bersama China berkemungkinan akan berlaku selepas pilihan raya Amerika Syarikat pada 2020 nanti.
Harga yang bergerak lebih tinggi dari paras garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat harga masih cenderung untuk melakukan kenaikan.
Pada dagangan sesi Asia hari ini, harga mula bergerak mendatar di sekitar paras tumpuan 1.30000 dan menunjukkan tanda-tanda penurunan memasuki sesi pasaran Eropah.
Jika harga kembali menurun, zon RBS 1.29700 akan kembali diuji harga begitu juga dengan garisan MA50.
Penurunan yang berjaya melepasi zon berikut bakal turun lebih rendah menuju support terdekat sekitar 1.28800.
Namun jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei berkemungkinan mencapai paras 1.31500.
Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.