Walaupun sentimen pasaran semasa kekal positif, dagangan Aussie gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuh dengan penurunan yang ditunjukkan oleh matawang Australia itu.
Dagangan dolar AUD terus didagangkan lemah sejak awal minggu ini bermula ekoran minit mesyuarat yang dikeluarkan untuk mesyuarat September lalu bernada dovish membuatkan pelabur lebih berhati-hati.
Bank pusat Australia menyatakan tindakan pelonggaran polisi akan dilanjutkan jika perlu dengan tujuan untuk menyokong ekonomi negara walaupun menyedari kadar faedah yang rendah bakal memberi kesan buruk terhadap sektor perumahan di Australia.
Selain itu juga, pelabur berwaspada menantikan laporan pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari (Khamis) dengan jangkaan penurunan pada kadar pertambahan pekerjaan pada bulan September. Kadar pengangguran pula dijangka kekal selepas meningkat pada bacaan bulan lalu.
Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga menunjukkan corak penurunan pada minggu ini menyambung penurunan pada penghujung dagangan minggu lalu.
Penurunan harga pada dagangan Isnin semalam telah mencecah paras 0.67450 sebelum kembali membuat kenaikan semula. Dagangan pada hari ini melihatkan harga telah berjaya melepasi penurunan lebih rendah dari paras tersebut sehingga ke paras sekitar 0.67250.
Namun,harga kembali membuat kenaikan menguji semula paras 0.67450 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sehingga dagangan menuju ke sesi pasaran Eropah.
Jika harga berjaya naik lebih tinggi semula, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras sekitar 0.67800 untuk mencapai paras tertinggi mingguan.
Namun jika dagangan Aussie terus lemah, penurunan harga bakal menuju ke paras penting pada 0.67100 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta AUD/USD yang perlu ditembusi harga.
Penurunan harga lebih rendah bakal menguji semula zon support yang diuji pada awal Oktober pada paras 0.66700.
Pelabur akan memberi fokus pada laporan data pekerjaan Australia dan angka yang diterbitkan bakal mempengaruhi nilai dagangan Aussie.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.