Perkembangan rundingan dagang masih menjadi tumpuan pasaran minggu ini selain rundingan Brexit. Perkembangan positif pada minggu lalu telah memulihkan sentimen pasaran dan turut meningkatkan dagangan dolar Australia.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD pada minggu lalu telah mencatatkan 100 pips kenaikan dari paras terendah minggu lalu.
Kenaikan tersebut juga telah mencapai paras ketinggian terbaru sejak dagangan awal September lalu.
Memulakan dagangan minggu ini, pasaran dilihat lebih berwaspada terhadap perjanjian separa antara Amerika Syarikat dan China. Masih ada lima minggu untuk kedua-dua pihak menulis apa yang persetujui dalam mesyuarat. Ini menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah perkembangan yang telah dicapai. Kenyataan bertulis itu dijadualkan diterbitkan pada November.
Jangka waktu adalah penting berikutan pelan tarif Amerika Syarikat akan berkuatkuasa pada Disember, dengan tambahan $160 bilion terhadap barangan pengguna buatan China.
Keraguan terhadap perkembangan rundingan yang dicapai itu sedikit menekan harga pada carta AUD/USD dengan penurunan ditunjukkan sejak awal sesi Asia bermula sehingga melepasi paras penting pada 0.67700.
Dagangan Aussie yang lemah dijangka akan mendorong harga menuju ke paras 0.67400 atau lebih rendah lagi ke zon RBS (resistance become support) pada 0.67100.
Pelabur juga akan turut memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari dengan tekanan terus dirasai pada matawang AUD. Begitu juga perkembangan rundingan dagang AS-China akan terus dipantau rapi yang memberi impak secara langsung dalam pasaran kewangan.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.