Keyakinan pengguna Amerika Syarikat jatuh pada bulan Oktober di tengah-tengah kebimbangan sektor isirumah terhadap prospek jangka pendek terhadap situasi peniagaan dan prospek pekerjaan.
Conference Board AS melaporkan bahawa indeks keyakinan pengguna jatuh keparas bacaan 125.9 pada bulan ini dan bacaan bulan September dinilai semula kepada bacaan 126.3. Sebelum ini, indeks bulan September dilaporkan mencatat bacaan pada 125.1 bagi bulan September. Bacaan indeks keyakinan pengguna bulan Oktober telah tersasar daripada jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan indeks keyakinan pengguna akan meningkat kepada 128.0 pada bulan Oktober.
Laporan indeks ini adalah berdasarkan tinjauan terhadap penilaian pengguna mengenai keadaan semasa perniagaan dan keadaan pasaran buruh. Indeks ini menjadi tumpuan penganalisis pasaran kerana perbelanjaan pengguna mewakili 70% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.
Menurut pakar ekonomi Conference Board, Lynn Franco, laporan ini menunjukkan bahawa para pengguna telah mezahirkan kekhuatiran terhadap keadaan perniagaan AS dan prospek pekerjaan. Walaubagaimanapun, paras keyakinan pengguna masih lagi berada pada paras yang tinggi dan tidak ada petunjuk bahawa pengguna akan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Dalam perkembangan lain, pengguna di UK menunjukkan tanda-tanda kekhuatiran terhadap situasi semasa dengan kadar pinjaman meningkat pada kadar paling perlahan dalam tempoh lima tahun pada bulan September.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.05% kepada paras 97.472setakat jam 11.00 p.m.