Dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa bergerak ke sekitar paras tertinggi tiga minggu berikutan jangkaan ekonomi global bakal melaksanakan rangsangan baru dan peningkatan tarikan terhadap aset yang lebih berisiko akan turut meningkatkan hasil bon kerajaan AS.
Penanda aras hasil perbendaharaan AS kembali meningkat dari paras terendah tiga tahun setelah para pelabur mula kembali memilih aset yang berisiko didorong oleh harapan rangsangan pada ekonomi utama seperti Jerman dan China, dan sedikit sebanyak akan mengurangkan kegelisahan terhadap risiko kemelesetan global.
Setelah China memperbaharui kadar faedah semalam, pelabur akan memberi fokus pula terhadap penetapan pertama bagi penanda aras kadar pinjaman di China berdasarkan kadar yang telah diperbaharui.
Tarikan pelabur terhadap pasaran global mula meningkat pada minggu ini dengan prospek Jerman akan bertindak merancakkan perbelanjaan serta rancangan pembaharuan kadar faedah di China, di mana akan menjangkakan penurunan pada kos pinjaman korporat.
Dengan harapan terhadap langkah rangsangan global, matawang safe-haven seperti Yen dan Swiss franc kembali mencatatkan penurunan pada minggu ini setelah berjaya mencatatkan kenaikan pada minggu yang berisiko sebelum ini.
Pasaran optimis terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha mengurangkan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan, dengan jangkaan ahli-ahli bank pusat yang akan menghadiri acara tahunan simposium Jackson Hole, Wyongmin penghujung minggu ini, bakal mengumumkan pelan rangsangan terbaru.