Penghujung dagangan minggu lalu menyaksikan corak kenaikan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mencatatkan paras ketinggian bulanan terbaru dengan sentimen pasaran semasa juga dilihat semakin pulih.
Perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China memberikan kelegaan buat pelabur susulan perjanjian fasa awal mencapai persetujuan kedua-dua pihak. Namun begitu, kedua-dua wakil rundingan bersetuju bahawa masih banyak lagi perkara yang harus diselesaikan.
Walaupun sentimen pasaran pulih, dagangan dolar USD gagal mengekalkan pengukuhan berikutan data inflasi yang dikeluarkan minggu lalu mencatatkan bacaan yang lemah. Minit mesyuarat FOMC juga memberikan isyarat yang lemah dan bakal mempengaruhi keputusan bank pusat untuk mesyuarat yang akan datang.
Harga pada EUR/USD mencapai paras ketinggian terbaru untuk tiga minggu dagangan mencecah paras 1.10600 sebelum penutup dagangan minggu lalu selepas melonjak lebih 60 pips.
Dagangan pada sesi Asia pagi ini perlahan dengan harga menunjukkan penurunan dengan sebahagian pasaran sesi Asia masih bercuti pada hari ini.
Harga membuat penurunan sebelum mendatar di paras 1.10300 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) dan berkemungkinan harga akan kembali menyambung semula kenaikan harga pada minggu lalu.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras resistance pada 1.10600 dijangka akan cuba ditembusi sebelum harga meneruskan pencarian paras ketinggian terbaru yang seterusnya.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras RBS pada 1.10000 dilihat destinasi awal tumpuan harga sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke paras sekitar 1.09650.
Pantau data-data ekonomi Amerika Syarikat dan juga perkembangan rundingan dagang AS-China yang akan memberi impak terhadap dagangan USD.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.