Laporan data pekerjaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan data Nonfarm payrolls (NFP) meningkat sebanyak 128,000 pada bulan Oktober dan hal ini telah mengurangkan kerisaun terhadap keadaan ekonomi Amerika yang kini dibayangi dengan ketidakpastian dalam penetapan polisi dan perang dagang AS-China.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, Amerika berjaya menambah sebanyak 128,000 NFP pada bulan lepas berbanding jangkaan yang menjangkakan peningkatan hanya sebanyak 89,000. Bacaan angka bulan September dinilai semula daripada pertambahan sebanyak 136,000 pekerjaan kepada 180,000 pekerjaan. Walaupun pertambahan pekerjaan bulan Oktober kurang dairpada bulan September namun paras pengangguran masih berada pada paras yang rendah iaitu pada 3.6% dan purata gaji sejam naik 3% setahun.
Berdasarkan laporan, kekurangan pekerjaan adalah disebabkan isu yang menimpa syarikat General Motor sehingga menyebabkan kehilangan sebanyak 42,000 pekerjaan.
Menurut pakar ekonomi CUNA Mutual Group, Steve Rick , “laporan ini merupakan salah satu tanda bahawa ekonomi A.S masih kukuh. Dengan pasaran buruh yang masih kukuh, pasaran perumahan yang positif dan pertumbuhan GDP suku ketika yang mampan ia akan memberi sedikit kelegaan kepada pasaran.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh susulan laporan dikeluarkan dan kini menunjukkan sedikit penyusutan sebanyak 0.10% kepada paras 97.054 setakat jam 10.05 p.m.