Pada hari ini, pengeluar barangan sukan terkenal, Nike, Adidas,Under Armour dan Foot Locker telah menyuarakan protes melalui kiraman surat kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump agar mempertimbangkan keputusan untuk mengenakan tarif import terhadap kasut sukan yang dihasilkan di China dan di import kembali ke Amerika Syarikat.
Surat tersebut telah dihantar kepada beberapa individu penting selain Trump iaitu Wilbur Ross, Larry Kudlow, Robert Lighthizer dan Steven Mnuchin. Menurut mereka, hal yang dilakukan oleh pentadbiran Amerika Syarikat adalah sebuah bencana ke atas syarikat-syarikat pengeluar kasut dan pengguna di Amerika Syarikat. Hal ini kerana, peningkatan tarif import keatas kasut yang dihasilkan China akan memberi kesan langsung pada pengguna Amerika Syarikat dan industri kasut terutamanya.
Pada awal bulan ini, Trump telah meningkatkan tarif barangan import dari China menjadi US$ 200 billion. Selain itu, Trump juga bercadang untuk meningkatkan tarif sebanyak 25% ke atas barangan import bernilai US$325 billion yang berasal dari China. Beberapa barangan yang termasuk dalam senarai produk yang dikenakan tarif adalah kasut, mainan dan lain-lain.
Jika tarif tersebut dilaksanakan, para pengeluar dan penjual terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak $7 billion setiap tahun.
Untuk syarikat Nike sendiri, 26% daripada pengeluaran produk adalah dilakukan di China dan dalam masa yang sama China adalah sumber penting terhadap pasaran kasut di Amerika Syarikat.